Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X70 dan Vivo X70 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,499


Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Vivo X70 series ke pasaran Malaysia dan terdapat dua model yang diperkenalkan iaitu Vivo X70 dan Vivo X70 Pro.


Vivo X70 dan Vivo X70 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.56-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Dari segi cipset, Vivo X70 dan Vivo X70 Pro hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, RAM jenis LPDDRX4 dan storan dalaman UFS 3.1.

Perubahan paling ketara pada dua model ini adalah pada bahagian kamera, Vivo X70 hadir dengan sensor utama 40MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 2x zoom optik.

Dalam pada itu, sensor kamera Vivo X70 Pro adalah sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 12MP dengan 2x zoom optik dan sensor persikop 8MP yang menawarkan 5x zoom optik.

Kedua-dua kamera ini menggunakan lensa ZEISS yang menjanjikan fotografi dan videografi lebih baik berbanding apa yang ditawarkan pada Vivo X60 dan Vivo X60 Pro.

Beralih kepada bateri, Vivo X70 tampil dengan bateri berkapasiti 4,400mAh manakala Vivo X70 Pro pula memiliki bateri berkapasiti 4,450mAh namun kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Vivo X70 dan Vivo X70 Pro akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Aurora Dawn dan Cosmic Black dengan harga jualan seperti berikut  :

Vivo X70 8GB/128GB – RM 2,499

Vivo X70 Pro 12GB/256GB – RM 3,299

Pra-tempahan bagi Vivo X70 dan Vivo X70 Pro kini dibuka dan setiap pra tempahan akan menerima Vivo Protection Plus yang memberikan tambahan 1 tahun warranti dan 1 tahun perlindungan skrin retak bernilai RM 399.

Dalam pada itu, bagi yang membeli Vivo X70 Pro, anda akan menerima Bluetooth speaker, high speed car charger dan kad ahli VIU TV bernilai RM 200.

Selain itu, setiap pra-tempahan juga boleh mendapatkan earbuds TWS 2e (RM 269) dan TWS 2 ANC (RM 369) secara PWP masing-masing pada harga RM 68 atau RM 98 sahaja.

Pra-tempah Vivo X70 Pro dan Vivo X70 di :

Vivo e-store : Vivo X70 Pro | Vivo X70 

Lazada : Vivo X70 Pro | Vivo X70 

Shopee : Vivo X70 Pro | Vivo X70

Vivo X70 Series juga boleh dibeli melalui rakan pengedar rasmi seperti Senheng, senQ, Harvey Norman and Urban Republic,Courts, Thundermatch, Lulu, Chan Furniture dan Sentriq. 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.