Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A52s 5G dengan skrin AMOLED 120Hz & Snapdragon 778G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,899


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy A52s 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 dan ianya hadir dengan cip pemprosesan 6nm Snapdragon 778G.

Terus kepada spesfikasi, Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-O 120Hz berukuran 6.5-inci.

Panel ini skrin menawarkan resolusi FHD+ (1080 x 2400) yang juga menempatkan sensor selfie 32MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Bersama-sama cip Snapdragon 778G, Samsung Galaxy A52s 5G juga disertakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman adalah  256GB.

Terus kepada kamera, Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A52 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W namun tidak seperti pada Galaxy A52 5G, adapter didalam kotak adalah yang menyokong kadar output 25W dan bukan 15W.

Lain-lain spesifikasi Galaxy A52s 5G  adalah pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, sensor capjari dalam skrin dan OneUI 3.1 dengan Android 11.

Samsung Galaxy A52s 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,899 dan terdapat dua pilihan warna iaitu Awesome Black dan Awesome White dan terdapat dua lagi warna iaitu Awesome  Violet dan Awesome Minit yang disenaraikan namun tidak ditawarkan buat masa ini.

Dalam pada itu, setiap pembelian Samsung Galaxy A52s 5G juga akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma.

Anda juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy A52s pada harga RM79.13/bulan melalui pelan ansuran 0% di Samsung Online Store.

Dapatkan Samsung Galaxy A52s di Samsung Online Store

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.