Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Band 2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 September ini


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi kedua jam kecergasan syarikat ini iaitu realme Band 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 September ini.

Lebih menarik, pasaran Malaysia akan menjadi pasaran global pertama untuk menerima realme Band 2 yang bakal tampil dengan reka bentuk yang lebih premium dan paparan yang lebih besar.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai realme Band 2 ini diketahui namun dapat juga disahkan bahawa jam kecergasan ini akan tampil dengan pelbagai sensor yang juga meliputi pelbagai aktiviti kecergasan yang lebih menyeluruh.

Akhir sekali, seperti realme Band, realme Band 2 juga dijangka akan hadir dengan harga jualan yang sangat kompetitif dan berpatutan.

Anda juga boleh turut serta menyaksikan siaran langsung pelancaran realme Band 2 di Facebook realme Malaysia pada 15 September ini (bermula jam 12 tengahari).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.