Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September ini


realme telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme GT Neo2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September ini dan pelancaran ini adalah untuk pasaran China namun ianya mungkin akan ke pasaran antarabangsa didalam waktu terdekat.

Menurut realme, GT Neo2 adalah telefon pintar yang disasarkan kepada gamers tegar dan kita juga telah mengetahui bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan pemproses Snapdragon 870, skrin paparan AMOLED bersaiz 6.62-inci dan kapasiti RAM sehingga 12GB.

realme GT Neo2 adalah model gantian kepada realme GT Neo yang memasuki pasaran antarabangsa sebagai realme X7 Max 5G namun telefon pintar ini dijangka tidak lagi akan menggunakan hadir dengan model didalam realme X Series untuk pasaran antarabangsa kerana syarikat ini telah mengesahkan bahawa realme GT Series adalah pengganti kepada realme X Series.

Akhir sekali, lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar baharu realme ini dijangka akan diketahui pada  pelancaran yang akan berlangsung kurang dari 10 hari sahaja lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.