Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X70 Pro+ dilancarkan secara rasmi dengan Cip Snapdragon 888+ dan teknologi kamera ZEISS


Selain Vivo X70 dan Vivo X70 Pro, Vivo juga telah melancarkan Vivo X70 Pro+ yang merupakan telefon pintar kelas flagship paling premium didalam siri ini.

Vivo X70 Pro+ tampil dengan skrin paparan LTPO Samsung E5 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1,440 x 3,200 piksel dan kadar segar semula 120Hz.

Panel Samsung E5 AMOLED ini juga menjanjikan 25% lebih cekap tenaga berbanding panel E4 dan ianya juga mempunyai kadar pensampelan skrin 300Hz.

Beralih kepada bahagian dalaman, Vivo X70 Pro+ hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+ , dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB atau 12GB berserta storan dalaman UFS 3.1 pada kapasiti 256GB atau 512GB.

Kepada bahagian kamera, Vivo X70 Pro+ tampil dengan sensor utama 50MP Samsung GN1, sensor ultrawide 48MP Sony IMX598, sensor telefoto 8MP yang menawarkan 5x zoom optik dan sensor potret 50mm 12MP.  Keempat-empat sensor ini mempunyai Pengstabilan Imej Optik (OIS).

Selain itu, sensor kamera ini juga menggunakan lensa ZIESS dan terdapat satu cip pemprosesan imej khas yang dikenali sebagai V1.


Vivo X70 Pro+ juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W dan terdapat juga pengecasan pantas tanpa wayar 50W.

Satu lagi ciri menarik yang dimiliki Vivo hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Vivo X70 Pro+ akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Orange dan Blue yang hadir dengan kemasan kulit vegan manakala satu lagi warna adalah hitam.

Berikut adalah harga Vivo X70 Pro+

Vivo X70 Pro+ 8/256GB – CNY 5,499 (RM 3,532)

Vivo X70 Pro+ 12/256GB – CNY 5,999 (RM 3,854)

Vivo X70 Pro+ 12/512GB – CNY 6,999 (RM 4,496)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.