Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold3 di Malaysia habis terjual


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa kesemua stok pra-tempahan bagi telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 5G telah habis ditempah.

Sambutan luar biasa yang diterima oleh Samsung Galaxy Z Fold3 5G membuktikan bahawa telefon pintar foldable kini mula diterima pengguna sebagai telefon pintar yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Walaubagaimanapun, Samsung telah mengumumkan bahawa anda boleh menikmati promosi pra-tempahan yang ditawarkan sebelum ini dengan melakukan pendaftaran minat yang akan dibuka mulai 8 hingga 21 September 2021.

Dengan membuat pendaftaran minat ini, anda akan turut menerima e-baucar Samsung bernilai RM 850 dan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 799.

Pendaftaran minat Samsung Galaxy Z Fold3 5G boleh dibuat di

Untuk rekod, Samsung Galaxy Z Fold3 5G ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.