Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September ini – akan memiliki bateri 7,100mAh


Kata-kata mengenai tablet realme yang pertama telah lama kedengaran namun sehingga kini ianya masih belum dilancarkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang CEO realme India dan Eropah iaitu Madhav Sheth untuk mendedahkan spesifikasi penting tablet ini serta maklumat pelancaran tablet ini.

Sebelum ini, realme Pad telah disahkan akan memiliki profil reka bentuk yang sangat nipis iaitu hanya 6.9mm dan kini ianya telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 7,100mAh.

Selain itu, kapasiti bateri gergasi yang akan dimiliki realme Pad ini juga akan disokong dengan pengecasan pantas 18W.

Dalam pada itu, realme Pad juga akan memiliki skrin paparan berukuran 10.4-inci dengan resolusi 2,000 x 1,200 piksel.

realme Pad akan dilancarkan pada 9 September ini bersama-sama realme 8s 5G dan realme 8i yang akan berlangsung di India.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.