Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 dengan reka bentuk seiras HUAWEI P50 akan dilancarkan pada 23 September ini


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran HUAWEI nova 9 Series akan berlangsung di China pada 23 September ini dan telefon pintar ini kelihatan akan hadir dengan reka bentuk modul kamera dual-circle yang dipinjam dari HUAWEI P50.

HUAWEI nova series adalah peranti kelas pertengahan yang sangat popular di China dan juga pasaran antarabangsa yang mana setiap generasi terdiri daripada beberapa model yang berbeza.

Modul kamera HUAWEI nova 9 ini menempatkan sensor quad-kamera yang mana sensor utama diletakkan pada gelung atas yang lebih besar manakala tiga lagi sensor ditempatkan pada gelung bawah bersama-sama dengan lampu flash LED.

Selain itu, HUAWEI nova 9 juga hampir pasti akan memiliki skrin paparan OLED bersama-sama sensor capjari dibawah skrin dan tidak lupa juga sistem operasi HarmonyOS.

Akhir sekali, HUAWEI nova 9 juga dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan midrange yang menyokong rangkaian 5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.