Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Redmi dengan cip Snapdragon 870 dan sensor kamera utama 50MP bakal dilancarkan

Telefon pintar Redmi dengan cip Snapdragon 870 dan sensor kamera utama 50MP bakal dilancarkan 3
Menurut satu sumber di Weibo, Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan satu lagi telefon pintar Redmi yang hadir dengan cipset Snapdragon 870 dan skrin paparan OLED 120Hz.

Telefon pintar Xiaomi ini didakwa sebagai Redmi K40S atau sebagai salah satu model didalam keluarga Redmi K50.

Akau Weibo Digital Chat Station, juga telah memberikan maklumat tambahan mengenai telefon pintar Redmi ini dimana ianya akan hadir dengan skrin paparan bersaiz 6.7-inci yang mempunyai resolusi 1080x 2400 piksel serta sensor kamera utama 50MP.

Selain itu, satu lagi maklumat penting yang didedahkan oleh sumber ini adalah peranti ini mempunyai nombor model SM8250 yang akan memasuki pasaran pada tahun 2022 sekaligus meningkatkan kemungkinan ianya adalah model didalam Redmi K50 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.