Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Series 7 dilaporkan akan ditawarkan dalam kuantiti terhad selepas pelancaran

sumber : phoneArena.com

Satu laporan terbaru dari sumber yang boleh dipercayai mendakwa bahawa Apple Watch Series 7 telah menghadapi masalah pengeluaran yang mungkin memberikan kesan kepada penawaran peranti ini di pasaran.

Sebab kelewatan yang diperkatakan adalah kerana pengunaan panel skrin yang lebih besar dan ini menyebabkan mungkin menyebabkan Apple melewatkan tarikh jualan model yang menghadapi isu pengeluaran ini.

Dalam pada itu, Mark Gurman mendakwa bahawa Apple Watch Series 7 akan berkongsi pentas pelancaran bersama-sama Apple iPhone 13 series namun jualan bagi jam pintar popular syarikat Cupertino ini mungkin hanya bermula pada Oktober.

Selain itu, salah satu kaedah yang lain adalah menawarkan peranti ini didalam kuantiti yang terhad dengan fokus kepada pasaran utama terlebih dahulu.

Akhir sekali, kemungkinan Apple menunda pelancaran Apple Watch Series 7 adalah sangat tipis dan Gurman juga mendakwa bahawa jemputan rasmi media ke majlis pelancaran Apple mungkin akan dihantar minggu ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.