Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo2 akan dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 870


realme secara rasminya telah mengesahkan pelancaran satu lagi model didalam keluarga realme GT yang semakin berkembang iaitu realme GT Neo2.

Akaun Weibo rasmi realme telah mengesahkan bahawa realme GT Neo2 akan memasuki pasaran tidak lama lagi dan model ini mungkin juga dikenali sebagai realme GT Neo Gaming di beberapa pasaran.

realme GT Neo2 akan memasuki pasaran sebagai pengganti kepada GT Neo yang dilancarkan sekitar bulan Mac namun pada generasi kali ini, ianya akan menggunakan cipset daripada Qualcomm atau secara spesifiknya Snapdrgon 870.

Selain itu, realme GT Neo2 juga telah mendapat pensijilan 3C yang mendedahkan telefon pintar ini akan membawakan sokongan pengecasan pantas 65W.

Dalam pada itu, realme GT Neo2 juga telah hampir pasti akan hadir dengan skrin paparan FHD+ bersaiz 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan pengalaman skrin terbaik.

Seterusnya, bersama-sama cip Snapdragon 870 ini, GT Neo2 juga akan memiliki 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan antaramuka realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.

Pelancaran rasmi realme GT Neo2 dijangka berlangsung tidak lama lagi dan seperti biasa ia mungkin ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.