Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 6S Pro kini rasmi dengan Snapdragon 888+ dan skrin paparan 165Hz


Nubia secara rasminya telah melancarkan Nubia Red Magic 6S Pro yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+.

Nubia Red Magic 6S Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan kadar pensampelan skrin 720Hz ‘multi-finger’.



Selain itu, untuk mengekalkan cipset ini didalam keadaan suhu yang optimum, Red Magic 6S Pro juga memiliki teknologi penyejukan ICE 7.0 cooling system yang juga mempunyai ciri
Phase Change Materials (PCM).

Dalam pada itu, untuk penyejukan sepanjang masa, Nubia Red Magic 6S Pro juga dilengkapi kipas penyejuk yang berputar pada kelajuan 20,000 rpm namun lebih efisien dan lebih senyap.

Nubia Red Magic 6S Pro hadir didalam dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 12/128GB dan 16/256GB, sensor capjari dalam skrin dan antaramuka RedMagic OS 4.0 yang berasaskan Android 11.

Beralih kepada kamera, Nubia Red Magic 6S Pro hadir sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 8MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Varian antarabangsa Nubia Red Magic 6S Pro ini adalah bateri berkapasiti 5,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W namun hanya adapter 33W disertakan didalam kotak dan ianya mampu memberikan pengecasan dari 0-100% dalam masa 65 minit.

Nubia Red Magic 6S Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Cyborg Black dan Ghost (edisi panel belakang lutsinar).

Berikut adalah harga Nubia Red Magic 6S Pro :

Nubia Red Magic 6S Pro 12/128GB – $599 (RM 2,482)

Nubia Red Magic 6S Pro 12/256GB – $699 (RM 2,899)

Nubia Red Magic 6S Pro 16/256GB – $729 (RM 3,023)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.