Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M22 telah disenaraikan di laman Samsung Malaysia – pelancaran rasmi tidak lama lagi

Samsung Galaxy M22 telah disenaraikan di laman Samsung Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 5
Samsung Galaxy M22 telah lama diperkatakan dan telefon pintar ini kini telah disenaraikan di laman rasmi Samsung Malaysia dan Singapura.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat spesifikasi telefon pintar ini didedahkan memandangkan hanya maklumat sokongan dipaparkan buat masa ini.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy M22 dilaporkan akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Galaxy A22 4G.

Samsung Galaxy M22 telah disenaraikan di laman Samsung Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 6Dengan itu, Samsung Galaxy M22 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 90Hz Super AMOLED HD+ berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan 4 atau 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy M22 menampilkan sensor quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Dalam pada itu, Galaxy M22 mungkin memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh atau 6,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W namun hanya adapter 15W disertakan dalam kotak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.