Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 10 Prime kini rasmi pada harga sekitar RM 703

Xiaomi Redmi 10 Prime kini rasmi pada harga sekitar RM 703 9
Xiaomi secara rasminya melancarkan Redmi 10 Prime untuk pasaran India dan telefon pintar ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Redmi 10 namun dengan kapasiti bateri 6,000mAh.

Xiaomi Redmi 10 Prime kini rasmi pada harga sekitar RM 703 10

Terus kepada spesifikasi, Xiaomi Redmi 10 Prime hadir dengan skrin paparan FHD+ 90Hz berukuran 6.5-inci dengan AdaptiveSync.

Xiaomi Redmi 10 Prime kini rasmi pada harga sekitar RM 703 11

Selain itu, Xiaomi Redmi 10 Prime juga tampil cip pemprosesan Helio G88, 4GB atau 6GB RAM manakala storan dalaman adalah antara 64GB atau 128GB. Redmi 10 Prime juga hadir dengan ciri Extendable RAM yang menawarkan tambahan 2GB RAM.

Pada bahagian kamera pula, Xiaomi Redmi 10 Prime memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP,  sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie Redmi 10 ini adalah 8MP.

Xiaomi Redmi 10 Prime kini rasmi pada harga sekitar RM 703 12

Beralih kepada bateri, Xiaomi Redmi 10 Prime akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Lain-lain spesifikasi Redmi 10 Prime adalah sensor capjari dibahagian sisi, antaramuka MIUI 12.5 berasakan Android 11, bicu audio 3.5mm, pengecasan berbalik 9W dan pembesar suara stereo.

Xiaomi Redmi 10 Prime akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Phantom Black, Astral White dan Bifrost Blue.

Berikut adalah harga Redmi 10 Prime di India :

Redmi 10 Prime 4/64GB – INR 12,499 (RM 709)

Redmi 10 Prime 6/128GB – INR 14,499 (RM 832).

Memandangkan Redmi 10 telah ditawarkan di Malaysia, adalah hampir pasti bahawa Redmi 10 Prime tidak akan memasuki pasaran tempatan.

Anda kini boleh mendapatkan Redmi 10 di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee , Mi Authorise Store dan wakil pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.