Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan dilancarkan didalam masa terdekat


Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE dikatakan banyak kali tertunda kerana masalah bekalan cip pemprosesan namun pelancaran rasmi kini dikatakan akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Selain itu, banyak maklumat mengenai telefon pintar Samsung ini telah diketahui dan terbaru manual pengguna rasmi telefon pintar telah mendedahkan bahawa telefon pintar ini tidak akan mempunyai slot microSD.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 FE ini juga disahkan tidak akan disertakan dengan adapter pengecasan didalam kotak.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S21 FE ini juga telah disahkan akan hadir dengan sensor capjari dalam skrin, pensijilan kalis air dan habuk IP68, skrin paparan 120Hz dan reka bentuk yang sama seperti keluarga Galaxy S21.

Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 dan Exynos 2100 (mengikut pasaran), 6 atau 8GB RAM dan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.