Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 dikatakan akan mula dijual pada 28 Oktober


Google sebelum ini  telah mendedahkan beberapa maklumat Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6 Pro sebelum pelancaran rasmi.

Selain itu, Google dilaporkan memgadakan pelancaran telefon pintar terbaru Google Pixel 6 Series ini pada 13 September iaitu pada minggu yang sama Apple melancarkan generasi iPhone terbaru mereka.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru mendakwa bahawa Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6 akan mula memasuki pasaran pada 28 Oktober dengan pra-tempahan dibuka mulai 19 Oktober.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru ini tidak menafikan maklumat awal bahawa pelancaran rasmi akan berlangsung pada 13 September namun ini bukan cara bagaimana Google melancarkan dan menjual telefon pintar mereka.

Google kebiasaanya akan melancarkan telefon pintar Pixel mereka sekitar satu minggu sebelum penjualan rasmi bermula.

Mengulas sedikit mengenai Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6, ianya akan hadir dengan cip pemprosesan Tensor, sensor utama 50MP dan skrin paparan 120Hz.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.