Permintaan bagi Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 adalah 2 kali ganda lebih baik dari Galaxy S21 Series
Telefon pintar foldable terbaru Samsung iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G telah dilancarkan pada 11 Ogos yang lalu dan laporan dari Korea mendedahkan bahawa jumlah pra-tempahan yang diterima dibeberapa benua adalah sangat menggalakan.
Menurut laporan The Korea Herald, permintaan pra-tempahan bagi kedua-dua model ini adalah sangat tinggi dan di Korea Selatan, sebanyak 450,000 unit Galaxy Z Series telah ditempah setakat 22 Ogos jauh mengatasi pra-tempahan Galaxy Z Fold2 yang mencapai sekitar 80,000 unit.
Selain itu, jumlah pra-tempahan Galaxy Z Series ini mungkin sudah mencapai jumlah 600,000 unit setakat ini dan jika mengambil kira unit ‘unlocked’, ianya mungkin mencapai jumlah 800,000 unit.
Jumlah ini juga adalah hampir 2 kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah pra-tempahan Samsung Galaxy S21 dan 1.5 kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah pra-tempahan Galaxy Note20.
Bagi kita di Malaysia, pra-tempahan bagi Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 kini telah dibuka dengan promosi menarik sehingga 21 September 2021.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G di Malaysia :
Samsung Galaxy Z Fold3 5G 12/256GB – RM 6,699
Samsung Galaxy Z Fold3 5G 12/512GB – RM 7,099
Samsung Galaxy Z Flip 3 5G – 8/128GB – RM 3,999
Samsung Galaxy Z Flip 3 5G – 8/256GB – RM 4,199
Pra-tempah Samsung Galaxy Z Fold3 di Samsung Online Store
Pra-tempah Samsung Galaxy Z Flip3 di Samsung Online Store