Samsung Galaxy M32 5G kini rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 720
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi model didalam Galaxy M Series iaitu Galaxy M32 5G selepas pelancaran Galaxy M32 4G beberapa bulan lalu.
Samsung Galaxy M32 5G hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 720 bersama-sama dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB dan 8/128GB.
Selain itu, Samsung Galaxy M32 5G juga hadir dengan skrin paparan Inifinity-V HD+ yang mempunyai kamera selfie 13MP.
Beralih kepada bahagian kamera, Samsung Galaxy M32 memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP.
Selain itu, Samsung Galaxy M32 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 15W.
Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy M32 5G adalah sensor capjari dibahagian sisi dan sokongan kepada 12 jalur rangkaian 5G.
Samsung Galaxy M32 5G akan ditawarkan pada harga INR 20,999 (RM 1,192) iaitu bagi versi 6/128GB manakala versi 8/128GB pula akan ditawarkan pada harga INR 22,999 (RM 1,306).