Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 6S Pro akan dilancarkan pada 6 September ini


Nubia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming terbaru syarikat ini iaitu Nubia Red Magic 6S Pro akan dilancarkan pada 6 September ini.

Nubia Red Magic 6S Pro ini akan hadir dengan kerjasama Tencent Games yang merupakan sebuah pemain industri sektor gaming global.

Nubia Red Magic 6S Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan dengan kadar segar semula 165Hz, pemproses Snapdragon 888+ dan pengecasan pantas 120W.

Akhir sekali, Nubia Red Magic 6S Pro juga dijangka akan memasuki pasaran global namun dengan kadar pengecasan pantas yang lebih rendah kerana peraturan antarabangsa yang lebih ketat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.