Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin hadir dengan sensor kamera yang sama seperti Galaxy S21 Ultra


Menurut laporan terbaru daripada GalaxyClub, Samsung dijangka tidak akan menaiktaraf sensor kamera Samsung Galaxy S22 Ultra dan terdapat kemungkinan besar akan menggunakan sensor yang seperti pada Galaxy S21 Ultra.

Laporan ini menjelaskan bahawa Samsung akan mengekalkan penggunaan sensor utama 108MP bersama-sama sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 3x 10MP dan sensor persikop 10x 10MP.

Selain itu, Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ pula dilaporkan akan hadir dengan sensor kamera yang baharu iaitu sensor 50MP RGWB bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 3x 12MP.

Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2022.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.