Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan menyokong pengecasan pantas 33W – namun adapter tidak disertakan dalam kotak
Menurut laporan daripada 91 Mobiles, pengecasan pada Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 Pro dijangka lebih pantas.
Menurut tipseter Yogesh Brar, sumber yang memberikan maklumat ini berkata bahawa beliau telah melihat Google menggunakan adapter 33W di Ibu pejabat Google dan ianya berkemungkinan besar adalah untuk digunakan pada Google Pixel 6 Series memandangkan generasi sebelum ini hanya menyokong pengecasan pantas 18W.
Selain itu, laporan ini turut mendakwa bahawa telefon pintar foldable Google telah menghadapi kelewatan namun telefon pintar ini mungkin membuat penampilan pada majlis pelancaran Pixel 6.
Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro akan tampil dengan reka bentuk baharu, cipset khas Tensor, kamera yang dinaik taraf dan tiada adapter pengecasan didalam kotak.
Penawaran teknologi pengecasan pantas 33W juga bermaksud pengguna sediada Google Pixel harus membeli adapter baharu untuk menggunakan teknologi pengecasan pantas pada Google Pixel 6 Series.