Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11T Pro dan Xiaomi Mi 11T akan dilancarkan pada bulan September


Xiaomi dilaporkan bahawa melancarkan satu lagi telefon pintar flaghsip iaitu Mi 11T pada bulan September sama seperti pelancaran Mi 10T lyang dilancarkan lewat tahun lepas.

Menurut saluran YouTube The Pixel, Xiaomi Mi 11T Pro akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz, pemproses Snapdragon 888 dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Selain Mi 11T Pro, Xiaomi juga akan melancarkan Mi 11T namun ianya dilaporkan akan hadir dengan cip pemprosesan flagship daripada MediaTek.

Selain itu, Mi 11T juga dilaporkan akan mempunyai sensor utama 64 MP OmniVision OV64B, sensor Ultrawide 8MP dan sensor telemakro 3x.

Dalam pada itu, GizmoChina telah melaporkan bahawa pelancaran Xiaomi Mi 11T Series ini akan berlangsung pada 23 September.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.