Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Explorer Master Edition dengan Snapdragon 870 kini rasmi untuk pasaran global – harga sekitar RM 2,475


Selain pelancaran realme GT Master Edition, realme juga telah msngumumkan penawaran realme GT Explorer Master Edition untuk pasaran global.

realme GT Explorer Master Edition

realme GT Explorer Master Edition merupakan model yang lebih premium berbanding realme GT Master Edition dan ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.55-inci, pemproses Snapdragon 870, sehingga 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Selain itu, realme GT Explorer Master Edition juga hadir dengan sistem tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide 16MP dan sensor potrait B&W. Kamera selfie adalah 32MP

realme GT Explorer Master Edition juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

realme GT Explorer Master Edition akan ditawarkan pada harga €499(RM 2,475) iaitu bagi versi 8/128GB manakala versi 12/256GB ditawarkan pada harga €549(RM 2,723).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.