Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 5a 5G kini rasmi – peranti bajet pada harga sekitar RM 1,889

Sebelum pelancaran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro tidak lama lagi, Google secara rasminya telah melancarkan Google Pixel 5a 5G.

Google Pixel 5a 5G ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang hampir sama seperti Google Pixel 4a 5G.


Google Pixel 5a 5G hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ 2400 x 1800 dan kadar segar semula 60Hz.

Dari segi dalaman, Google Pixel 5a 5G hadir dengan cip Snapdragon 765G, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Google Pixel 5a 5G juga hadir dengan tetapan kamera yang sama seperti Google Pixel 4a iaitu sensor utama 12MP dan sensor ultrawide 16MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Beralih kepada bateri, Google Pixel 5a 5G juga mempunyai bateri berkapasiti 4,680mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Google Pixel 5a 5G juga mempunyai pensijilan kalir and habuk IP67

Akhir sekali, Google Pixel 5a 5G kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Amerika Syarikat dan Jepun dengan harga $449 atau sekitar RM 1,889.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.