Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Book akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Ogos ini


realme secara rasminya telah melancarkan komputer riba pertama syarikat ini iaitu realme Book akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Ogos ini.

realme Book adalah sebuah komputer riba kompak yang mempunyai skrin paparan IPS 14-inci dengan resolusi 2160×1440 dan panel skrin ini juga turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

realme Book ini hadir didalam dua pilihan pemproses iaitu pemproses generasi ke-11 Core Intel i3 dan intel i5 yang turut disertakan dengan grafik Intel Iris XE Graphics, kapasiti RAM LPDDR4x sehingga 16GB (hanya 8GB RAM bagi pasaran India) dan storan dalaman PCle SSD sehingga 128GB.

Selain itu, realme Book juga mempunyai sistem penyejukan  Dual-Fan Storm Cooling, pembesar suara stereo DTS, WiFi-6, realme Connect dan Windows 10 dengan kemaskini Windows 11 secara percuma.

realme Book juga memiliki bateri berkapasiti 54Wh dengan pengecasan 65W yang mampu mengecas komputer riba dari 0-50% didalam 30 minit.


Akhir sekali, berikut adalah slot I/O yang dimiliki oleh realme Book :

  • 1 slotType-C USB 3
  • 1 slot Type-C USB 4/Thundebold
  • 1 slot Type-A USB 3
  • bicu audio 3.5mm.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung pengumuman harga dan tarikh jualan realme Book di Malaysia pada 20 Ogos ini di Facebook realme Malaysia (jam 12 tengahari).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.