Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Master Edition kini rasmi untuk pasaran Global – harga sekitar RM 1,483


realme secara rasminya telah melancarkan realme GT Master Edition untuk pasaran global dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.


realme sekali lagi telah berkerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukusawa yang mana pada edisi kali ini tampil dengan reka bentuk yang berinspirasikan suitcase dengan kulit 3D Vegan.

realme GT Master Edition pula hadir dengan pemproses Snapdragon 778G, skrin paparan AMOLED 120H berukuran 6.43-inci, 8GB RAM dan  storan dalaman sehingga 256GB.


Selain itu, realme GT Master Edition juga hadir dengan sensor tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie juga adalah 32MP.

Beralih kepada bateri , realme GT Master Edition hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

realme GT Master Edition akan ditawarkan didalam tig warna iaitu Voyager Grey, Luna White dan Cosmos Black.

realme Master Edition akan ditawarkan di pasaran antarabangsa pada harga pengenalan €299 (RM 1,483) sahaja di Ali Express.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.