Samsung Galaxy A52s 5G kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz dan Snapdragon 778G
Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy A52s 5G yang hadir dengan cip pemprosesan 6nm Snapdragon 778G.
Terus kepada spesfikasi, Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-O 120Hz berukuran 6.5-inci.
Panel ini skrin menawarkan resolusi FHD+ (1080 x 2400) yang juga menempatkan sensor selfie 32MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Bersama-sama cip Snapdragon 778G, Samsung Galaxy A52s 5G juga disertakan dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB atau 256GB.
Terus kepada kamera, Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP.
Selain itu, Samsung Galaxy A52 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W namun tidak seperti pada Galaxy A52 5G, adapter didalam kotak adalah yang menyokong kadar output 25W dan bukanya 15W.
Lain-lain spesifikasi Galaxy A52s 5G adalah pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, sensor capjari dalam skrin, OneUI 3.1 dengan Android 11 dan NFC.
Samsung Galaxy A52s 5G dijangka akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat.