Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 10 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia

Xiaomi Redmi 10 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia 1

Xiaomi Redmi 10 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia 2
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon Redmi 10 akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Selain daripada pengesahan ini, Xiaomi tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi memgenai Xiaomi Redmi 10 ini namun spesifikasi telefon pintar ini telah diketahui selepas Xiaomi secara tidak sengaja telah menerbitkan laporan pelancaran telefon pintar ini blog rasmi Xiaomi sebelum memadamnya.

Xiaomi Redmi 10 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia 3

Berdasarkan ini, Xiaomi Redmi 10 dijangka akan hadir dengan skrin paparan FHD+ 90Hz berukuran 6.5-inci dengan adaptive sync.

Selain itu, Xiaomi Redmi 10 akan hadir dengan cip pemprosesan Helio G88, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Xiaomi Redmi 10 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia 4

Pada bahagian kamera pula, Redmi 10 akan memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP,  sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie Redmi 10 ini adalah 8MP.

Beralih kepada bateri, Xiaomi Redmi 10 akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Lain-lain spesifikasi Redmi 10 adalah sensor capjari dibahagian sisi, antaramuka MIUI 12.5 berasakan Android 11, bicu audio 3.5mm dan slot USB-C.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.