Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran global realme GT Master Edition akan berlangsung pada 18 Ogos ini

Pelancaran global realme GT Master Edition akan berlangsung pada 18 Ogos ini 5

realme secara rasminya telah mengesahkan pelancaran global realme GT Master Edition  akan diadakan pada 18 Ogos ini.

Pelancaran produk baharu ini adalah bersempena dengan realme Fans Festival 2021 dan ini juga bermaksud bahawa pelancaran realme GT Master Edition semakin hampir menjadi kenyataan.

realme GT Master Edition merupakan telefon pintar baharu realme yang telah dilancarkan di China baru-baru ini dan ianya sekali tampil hasil kerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukusawa

Pelancaran global realme GT Master Edition akan berlangsung pada 18 Ogos ini 6

Antara spesifikasi realme GT Master Edition adalah skrin paparan 120Hz Samsung AMOLED, pemproses Snapdragon 778 5G.

Ketahui spesifikasi penuh realme GT Master Edition di SINI

Pelancaran global realme GT Master Edition akan berlangsung pada 18 Ogos ini 7
realme Book akan turut dilancarkan di India sebagai realme Book Slim

Dalam pada itu, komputer riba realme yang pertama iaitu realme Book juga akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Ogos ini namun status pelancaran di Malaysia masih belum diketahui.

Anda boleh menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran ini pada 18 Ogos bermula jam 8 malam di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.