Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5S dengan cip Snapdragon 888+ bakal dilancarkan

Asus ROG Phone 5S dengan cip Snapdragon 888+ bakal dilancarkan 3
Asus dikatakan bakal melancarkan Asus ROG Phone 5S dengan cip Snapdragon 888+ pada 16 Ogos ini.

Asus ROG Phone 5S akan menjadi telefon pintar ketiga dipasaran untuk menggunakan cip Snapdragon 888+ selepas Xiaomi Mi Mix 4 dan Honor Magic3 Series yang akan dilancarkan pada 12 Ogos ini.

Jika khabar angin ini benar, Asus dikatakan akan melancarkan ROG Phone 5S dengan spesifikasi yang sama seperti ROG Phone 5 kecuali cip Snapdragon 888+ dan RAM yang mencapai kapasiti 16GB atau 18GB.

Sebagai rekod, Asus ROG Phone 5 telah dilancarkan pada bulan April yang lalu sebagai antara telefon pintar gaming terbaik dipasaran.

Baca : ULASAN : Asus ROG Phone 5 Malaysia – Peranti Gaming Mantap Yang Menyerlahkan Sepenuhnya Potensi Snapdragon 888 Pada Harga Dari RM 2,999

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.