Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 19Selepas tiga tahun penantian, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan pengganti kepada Mi Mix 3 iaitu Mi Mix 4 yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk hadir dengan sensor kamera selfie dalam skrin (UDC).

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 20

Ini bermaksud skrin paparan Xiaomi Mi Mix 4 tidak mempunyai sebarang takukan mahupun potongan punch hole untuk menempatkan kamera selfie kerana ianya kini terletak dibawah skrin dengan pelbagai teknologi baharu yang memungkin perkara ini.

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 21

Panel skrin Xiaomi Mi Mix 4 ini adalah jenis AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, HDR10+ dan Dolby Vision (dilapisi gelas Corning Glass Victus).

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 22

Pada bahagian belakang, Xiaomi Mi Mix 4 menampilkan penggunaan seramik yang ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam atau putih.

Pada bahagian belakang juga terdapat teknologi kamera yang menggagumkan iaitu satu sensor utama 108MP ISOCELL HMX, sensor persikop 8MP yang menawarkan sehingga 50x zoom dan sensor ultrawide 13MP (free-form lens).

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 23

Dari segi pemproses, Xiaomi Mi Mix hadir dengan pemproses Snapdragon 888+ yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB.

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 24Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 25

Beralih kepada bateri, Xioami Mi Mix 4 hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 26

Satu lagi teknologi yang baharu pada Mi Mix 4 adalah ultra wideband (UWB) untuk data lokasi yang lebih baik dan kawalan peranti pintar.

Xiaomi Mi Mix 4 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, sensor kamera selfie dalam skrin dan pengecasan pantas 120W 27

Berikut adalah harga Xiaomi Mi Mix 4 di China :

Mi Mix 4 8/128GB – CNY 4,999 (RM 3,260)

Mi Mix 4 8/256GB – CNY 5,299 (RM 3,445)

Mi Mix 4 12/256GB – CNY 5,799 (RM 3,781)

Mi Mix 4 12/512GB – CNY 6,299 (RM 4,107)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.