Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video Treler Rasmi Samsung Unpacked 2021 kini melebih 100 juta tontonan


Video treler rasmi Samsung Unpacked yang dilancarkan pada 28 Julai lalu kini telah memperoleh lebih daripada 100 juta tontonan menjelang pelancaran rasmi yang akan berlangsung esok.

Video ini mempamerkan evolusi teknologi mudah alih sejak beberapa dekad, menunjukkan bahawa perubahan bukan sahaja tidak dapat dielakkan, tetapi biasanya menjadi lebih baik, dan menyedari hakikat bahawa apabila kita mempunyai pengalaman yanh lebih baik, kita tidak akan pernah dapat kembali kepada titik asal.

Filem ini mencabar status quo, menunjukkan bahawa setelah satu dekad peningkatan tambahan dari segi dalaman telefon pintar, yang semua model kelihatan dan mempunyai fungsi yang sama, kini sudah tiba masanya bagi pengguna untuk ‘bersiap sedia untuk membuka’ sesuatu yang lebih baik dengan peranti Samsung Galaxy baru yang dilancarkan di Unpacked pada 11 Ogos ini.

Sejajar dengan ini, kempen sosial yang melibatkan pengguna, #UnfoldChallenge juga telah bermula pada 28 Julai di TikTok.

Samsung telah bekerjasama dengan BTS, Millie Bobby Brown dan 7 influencer global bagi menjayakan kempen ini yang mendorong keterujuaan pengguna dan meningkatkan penyertaan. Tayangan video kempen ini di TikTok adalah kini 269 juta tontonan setakat 10 Ogos 2021.

The Samsung Galaxy Unpacked 2021: Get ready to unfold akan bersiaran secara langsung pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2021 (Rabu)

Waktu: 10:00 Malam (Malaysia)  

Pautan Tontonan: www.samsung.com/my, Samsung Malaysia YouTube, Samsung Malaysia Facebook dan Samsung Malaysia Newsroom

Jangan lupa untuk mendaftar minat di https://www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima baucar Samsung bernilai RM 300 yang boleh digunakan selepas anda menempah telefon pintar Galaxy yang seterusnya.

 Anda boleh menonton Video treler Samsung Unpacked August 2021 yang kini telah menerima 101.9 juta tontonan di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.