Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M32 kini rasmi di Malaysia – RM 888 sahaja di Lazada pada 6-8 Ogos


Seperti yang kami laporkan beberapa hari lalu, Samsung kini telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy M32 telah mula ditawarkan di Malaysia mulai hari ini dan anda boleh mendapatkanya pada harga RM 888 sahaja sehingga 8 Ogos ini namun stok adalah terhad.

Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya juga menawarkan sokongan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, panel skrin Samsung Galaxy M32 ini juga mempunyai takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 20MP manakala sensor capjari pula berada dibahagian sisi yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan cip MediaTek Helio G80 yang ditawarkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman serta antaramuka OneUI 3.1 berasakan Android 11.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan satu sensor utama 64MP, satu sensor ultrawide 8MP, satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP.

Pada bahagian bateri pula, Samsung Galaxy M32 ditawarkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 25W namun hanya adapter 15W disertakan dalam kotak pembelian.

Samsung Galaxy M32 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

Dapatkan Samsung Galaxy M32 di Lazada

Selepas 8 Ogos 2021, Samsung Galaxy M32 ini akan ditawarkan pada harga RM 1,099 dan pembelian juga boleh dibuat di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.