Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme MagDart kini rasmi sebagai pengecasan magnetik tanpa wayar terpantas didunia


realme secara rasminya telah melancarkan pengecasan magnetik tanpa wayar pertama Android iaitu MagDart.

realme MagDart merupakan teknologi pengecasan magnetik tanpa wayar terpantas didunia iaitu pada kadar 50W dengan menggunakan 50W MagDart Wireless Charger.

realme MagDart 50W Wireless Charger yang mempunyai kenipisan 3.9mm dan ianya membolehkan anda mengecas bateri 4,500mAh yang dimiliki realme Flash didalam masa 54 minit (mempunyai teknologi penyejukan Mini Active Cooling).

Selain itu, realme juga memperkenalkan pengecas 15W MagDart Charger yang masih lebih pantas berbanding pengecasan MagSafe yang turut ditawarkan pada kadar 15W.

Selain itu, realme juga memperkenalkan beberapa aksesori tambahan yang berasaskan realme MagDart iaitu MagDart Powerbank, MagDart Wallet, MagDart Beauty Light, dan MagDart Case untuk realme GT.

Bagi peminat realme di Malaysia, realme telah memgesahkan bahawa teknologi pengecasan magnetik realme MagDart akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi bersama-sama realme GT Master Edition.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.