Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa 1

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa 2

Google secara rasminya telah mendedahkan beberapa maklumat penting mengenai telefon pintar terbaru mereka iaitu Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkara pertama yang disahkan oleh Google adalah pengunaan cip pemprosesan mereka yang tersendiri iaitu Google Tensor.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa 3

Cip pemprosesan Tensor yang akan digunakan pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan menjadikan telefon pintar sebagai peranti dengan lapisan keselamatan paling banyak pada sebuah telefon pintar.

Google juga mendakwa bahawa sensor kamera yang digunakan pada Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro adalah terlalu besar untuk dimuatkan didalam reka bentuk modul kamera segiempat.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa 4

Ini telah membolehkan Google memperkenalkan reka bentuk panel kamera yang lebih unik yang dikenali sebagai ‘camera bar’.

Selain itu, Google Pixel 6 Pro telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk rangka aluminum yang di gilap manakala Google Pixel 6 pula tampil dengan rangka aluminum matte.

Akhir sekali, Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro akan tampil dengan sistem operasi Android 12 dengan antaramuka ‘Material You’.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.