Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 12 Series dijangka akan hadir dengan Snapdragon 898 dan RAM LPDDRX5

Xiaomi Mi 12 Series dijangka akan hadir dengan Snapdragon 898 dan RAM LPDDRX5 1

Xiaomi Mi 12 Series dijangka akan hadir dengan Snapdragon 898 dan RAM LPDDRX5 2
JEDEC baru-baru ini telah memperkenalkan RAM jenis LPDDR5X yang merupakan versi LPDDR5 yang ditambah baik dengan kadar bacaan data antara 6,400 Mbps sehingga 8,533 Mbps.

Selepas pengumuman ini, khabar angin bahawa Xiaomi akan menjadi pengguna terawal LPDDR5X RAM telah mula timbul dan ianya dikatakan akan dipadankan bersama cip Snapdragon 898 pada Xiaomi Mi 12.

Xiaomi Mi 12 Series dijangka akan hadir dengan Snapdragon 898 dan RAM LPDDRX5 3

Pemproses Snapdragon 898 dijangka akan membawakan sokongan RAM LPDDR5X yang mana jenis RAM ini tidak disokong pada Snapdragon 888.

Selain itu, Snapdragon 898 juga akan menjadi cip pertama untuk menggunakan arkitektur ARMv9 yang menggunakan teras CPU Cortex-X2, A710 dan A510.

Selain itu, Xiaomi Mi 12 Series dikatakan akan menampilkan penggunaan sensor kamera 200MP dan pengecasan pantas 200W HyperCharge namun sejauh mana kebenaran perkara ini masih tidak dipastikan.

Xiaomi Mi 12 Series dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Disember 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.