Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A22 4G kini ditawarkan pada harga RM 899 – percuma soft clear cover


Samsung Galaxy A22 4G kini telah mula ditawarkan di Malaysia dan ianya hadir dengan harga jualan RM 899 sahaja.

Penawaran Galaxy A22 4G ini tiba selepas Samsung Galaxy A22 5G mula ditawarkan di Malaysia pada bulan Jun dengan harga RM 999 namun perbezaan spesifikasi kedua telefon pintar adalah lebih dari cip pemprosesan sahaja.

Samsung Galaxy A22 4G hadir dengan skrin paparan 90Hz Super AMOLED HD+ berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A22 4G menampilkan sensor quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Dalam pada itu, Galaxy A22 4G juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 15W dan sensor capjari dibahagian sisi.

Samsung Galaxy A22 4G kini ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Black, Mint dan Violet pada harga RM 899.


Setiap pembelian Galaxy A22 4G akan turut menerima soft clear case bernilai RM 39 secara percuma (bagi pembelian sebelum 31 Ogos).

Beli Samsung Galaxy A22 4G di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.