Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A22 5G akan ditawarkan mulai 26 Jun ini pada harga RM 999 – pra-tempah sekarang

Samsung dilihat bakal melancarkan satu lagi telefon pintar 5G mampu miliki dibawah siri Galaxy A yang akan ditawarkan pada harga dibawah RM 1,000.

Pengedar telefon pintar Mobile2Go telah membuka pra-tempahan bagi Samsung Galaxy A22 5G yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Jun ini pada harga RM 999 sahaja.


Samsung Galaxy A22 5G akan hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 6.6-inci yang merupakan panel Infinity-V dengan resolusi FHD+.

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy A22 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 700G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy A22 5G tampil dengan tiga sensor kamera iaitu satu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, telefon pintar 5G termurah daripada Samsung ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W, sensor capjari dibahagian sisi dan antaramuka OneUI Core yang berasaskan Android 11.

Samsung Galaxy A22 5G kini boleh di pra-tempah melalui Mobile2Go pada harga RM 999 dan ianya ditawarkan didalam tiga warna iaitu Grey, Mint dan Violet.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.