Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix 4 mungkin dilancarkan pada Ogos bersama-sama MIUI 13

Xiaomi Mi Mix 4 mungkin dilancarkan pada Ogos bersama-sama MIUI 13 1

Kredit gambar @HoiNDI

Xiaomi Mi Mix 4 mungkin dilancarkan pada Ogos bersama-sama MIUI 13 2
Kredit gambar @HoiNDI

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan generasi baharu telefon pintar Mi Mix tidak lama lagi iaitu Mi Mix 4.

Xiaomi Mi Mix 4 ini sebelum ini telah dikesan di pangkalan data TENAA dan kini ianya telah disenaraikan di pangkalan data 3C dengan nombor model yang sama iaitu 2106118C.

Penyenaraian di TENAA mengesahkan bahawa Mi Mix akan hadir dengan 8GB atau 12GB RAM manakala storan dalaman adalah 256GB dan ianya turut membawakan sokongan 5G pada kedua-dua slot SIM.

Selain itu, Xiaomi Mi Mix 4 juga dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 888 dan pengecasan pantas 120W.

Dalam pada itu, Mi Mix 4 juga dikatakan akan hadir dengan sensor kamera dibawah skrin dan antaramuka MIUI 13.

Menyentuh sedikit mengenai pelancaran, Xiaomi Mi Mix 4 mungkin akan dilancarkan pada bulan Ogos bersama pelancaran MIUI 13.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.