Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG dan Band 6 Pro dengan sensor suhu badan kini rasmi pada harga dari RM 293


Pada majlis pelancaran HUAWEI P50 Series malam tadi, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG dan HUAWEI Band 6 Pro.

HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 kini rasmi dengan Snapdragon 888 4G dan generasi baharu Kamera Leica

Apa yang membezakan model ini dengan model sebelum ini adalah HUAWEI Watch GT 2 Pro tampil dengan sokongan bacaan ECG manakala HUAWEI Band 6 Pro pula mempunyai sensor suhu badan.

HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG

Selain menawarkan bacaan elektrokardiogram , Huawei Watch GT 2 Pro ECG juga tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci dengan reka bentuk yang premium.

Huawei Watch GT 2 Pro ECG juga memberikan anda hampir 200 pilihan watch faces, 100+ mod kecergasan, bacaan VO2 Max, GPS terbina, bacaan saturasi oksigen dalam darah dan Huawei TruSleep 2.0.

Huawei Watch GT 2 Pro ECG juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu dan ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar pantas (5 minit pengecasan untuk 10 jam pengunaan).

HUAWEI Watch GT 2 Pro ECG akan ditawarkan pada harga CNY 3,088 (RM 2,108)


HUAWEI Band 6 Pro

HUAWEI Band 6 Pro merupakan sebuah jam kecergasan yang mempunyai reka bentuk sama seperti HUAWEI Watch Fit namun pada harga yang lebih berpatutan.

Selain itu, HUAWEI Band 6 Pro merupakan Smart Band pertama syarikat ini untuk hadir dengan skrin paparan FullView AMOLED berukuran 1.47-inci (194×368) untuk operasi peranti yang lebih mudah.

Dalam pada itu, HUAWEI Band 6 Pro juga menampilkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari manakala penggunaan secara agresif menjanjikan sehingga 10 hari dan 5 minit pengecasan menjanjikan anda sehingga dua hari pengunaan.

Bercakap mengenai aspek kesihatan dan kecergasan yang dimiliki HUAWEI Band 6 Pro, ianya mampu merekod kadar degupan jantung dan SpO2 24/7 dengan algoritma HUAWEI TruSeen™ 4.0 yang lebih cekap tenaga selain 96 kod kecergasan yang memastikan ada sahaja aktiviti kecergasan kegemaran anda.

Akhir sekali, HUAWEI Band 6 Pro juga menampilan reka bentuk yang premium dan lembut berasaskan silikon yang mesra kulit dan berat hanya 18 gram.

HUAWEI Band 6 Pro akan ditawarkan pada harga CNY 449 (RM 293).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.