Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Master Edition dan pengecas tanpa wayar magnetik MagDart akan dilancarkan di Malaysia


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Master Edition dan pengecasan tanpa wayar magnetik pertama Android iaiti MagDart akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

realme GT Master Edition merupakan telefon pintar baharu realme yang telah dilancarkan di China baru-baru ini dan ianya sekali tampil hasil kerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukusawa.

Antara spesifikasi realme GT Master Edition adalah skrin paparan 120Hz Samsung AMOLED, pemproses Snapdragon 778 5G.

Ketahui spesifikasi penuh realme GT Master Edition di SINI


Dalam pada itu, realem juga telah mengesahkan bahawa pengecas tanpa wayar magnetik realme MagDart akan turut memasuki pasaran namun sedikit pelik telefon pintar realme yang menyokong teknologi ini iaitu realme Flash belum disahkan akan memasuki tempatan.

Ini bermaksud pelancaran MagDart di Malaysia adalah sebagai aksesori tambahan yang mana secara logiknya disasarkan kepada pengguna iPhone 12 Series yang menyokong mekanisma pengecasan yang sama iaitu MagSafe.

Jangan lupa saksikan majlis Inovasi Magnetik ‘Mag for Future’ pada 3 Ogos ini di Facebook realme Malaysia bermula jam 8 malam

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.