Oppo A93s 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 pada harga sekitar RM 1,302
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo A93s 5G dan telefon pintar ini secara asasnya adalah model A93 5G namun dengan cip pemprosesan yang berbeza iaitu Dimensity 700 yang sertakan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Terus kepada spesifikasi, Oppo A93s hadir dengan skrin paparan FHD+ LCD 90Hz berukuran 6.5-inci dan terdapat juga kamera selfie punch hole berukuran 8MP.
Pada bahagian belakang, Oppo A93s 5G juga memiliki sensor utama 48MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.
Selain itu, Oppo A93s 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, antaramuka ColorOS 11, dan dual 5G standby
Oppo A93s 5G kini ditawarkan di China didalam tiga pilihan warna pada harga CNY 1,999 (RM 1,302).