Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai ini

HUAWEI P50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai ini 5
HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flaghsip mereka iaitu HUAWEI P50 Series dan ianya akan berlangsung pada 29 Julai ini.

Jika anda masih ragu-ragu tentang status pelancaran telefon pintar ini ke pasaran antarabangsa, anda tidak perlu risau kerana wakil HUAWEI di Finland telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan memasuki pasaran global.

Selain itu, akaun Twitter HUAWEI Mobile juga telah mengesahkan bahawa pelancaran pada 29 Julai ini juga merupakan pelancaran global.

HUAWEI P50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai ini 6
Dalam pada itu, berdasarkan satu video teaser yang dimuat naik di akaun weibo HUAWEI, HUAWEI P50 Series masih menampilkan kamera dengan teknologi Leica.

Akhir sekali, pelancaran pada 29 Julai ini akan menyaksikan HUAWEI memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model HUAWEI P50 iaitu HUAWEI P50 dan HUAWEI P50 Pro namun kami juga tidak menolak kemungkinan menyaksikan pelancaran HUAWEI P50 Pro+.

Segala teka teki mengenai HUAWEI P50 Series akan terjawab didalam masa 7 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.