realme GT Master Edition dan realme GT Explorer Master Edition kini rasmi
realme secara rasminya melancarkan telefon pintar realme GT Series yang mana ianya terdiri daripada dua model iaitu realme GT Master Edition dan realme GT Explorer Master Edition.
realme sekali lagi telah berkerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukusawa yang mana pada edisi kali ini tampil dengan reka bentuk yang berinspirasikan suitcase dengan kulit 3D Vegan.
realme GT Explorer Master Edition
realme GT Explorer Master Edition merupakan model yang lebih premium antara kedua model ini dan ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.55-inci, pemproses Snapdragon 870, sehingga 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Selain itu, realme GT Explorer Master Edition juga hadir dengan sistem tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide 16MP dan sensor potrait B&W. Kamera selfie adalah 32MP
realme GT Explorer Master Edition juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.
realme GT Master Edition
realme GT Master Edition pula hadir dengan pemproses Snapdragon 778G, skrin paparan AMOLED 120H berukuran 6.43-inci, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Selain itu, realme GT Master Edition juga hadir dengan sensor tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie juga adalah 32MP.
Beralih kepada bateri , realme GT Master Edition hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.
Berikut adalah harga realme GT Master Edition Series :
Realme GT Master Edition 8/128GB – CNY 2,399 (RM 1,569)
Realme GT Master Edition 8/256GB – CNY 2,599 (RM 1,700)
Realme GT Explorer Master Edition – 8/128GB – CNY 2,799 (RM 1,830)
Realme GT Explorer Master Edition – 12/256GB – CNY 3,099 (RM 2,072)