Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Z Flip3 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos ini


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu majlis Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 11 Ogos 2021.

Samsung Galaxy Unpacked yang terbaru ini akan menjadi pentas kepada pelancaran telefon pintar pintar foldable Galaxy Z Fold3 5G dan Z Flip3 5G, Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 yang mempunyai ciri Active Noise Cancellation.

Selain itu, Samsung Malaysia juga telah membuka  pendaftaran minat bagi telefon pintar yang akan dilancarkan ini dan anda juga akan menerima ebaucar bernilai RM300 yang boleh digunakan selepas membuat pra-tempahan tidak lama lagi.

Daftar Minat di SINI

Bagi yang berminat untuk menonton Majlis Samsung Unpacked ini, siaran langsung majlis ini boleh disaksikan di www.samsung.com/my, Samsung Malaysia YouTube,Facebook Samsung Malaysia dan https://news.samsung.com/my/ bermula jam 10 malam (11 Ogos 2021).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.