Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Pro dan Magic3 disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 888+

Honor Magic3 Pro dan Magic3 disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 888+ 1

Honor Magic3 Pro dan Magic3 disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 888+ 2
Pada persidangan Global CEO Tech Talk, George Zhao daripada Honor telah mendedahkan beberapa ciri utama Honor Magic3 Series yang mana ia juga adalah ciri utama terpenting pada telefon pintar ini.

George Zhao telah mengesahkan bahawa kedua-dua model didalam Honor Magic3 Series iaitu Honor Magic3 dan Magic3 Series akan hadir dengan cip Snapdragon 888+.

Honor Magic3 Pro dan Magic3 disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 888+ 3

Selain itu, George juga telah memperkatakan mengenai perkataan ‘magic’ dan ianya mempunyai dua maksud dimana yang pertama adalah kamera telefon pintar ini telah disesuaikan untuk mengambil gambar matahari ketika tempoh “Golden Hour” yang juga dikenali sebagai “Magic Hour”.

Golden Hour berlaku didalam masa 15 hingga 20 minit sebelum matahari terbenam iaitu ketika matahari berada antara -6° dan -4° dibawa ufuk (kaki langit) yang dianggap sebagai waktu terbaik untuk mengambil gambar.

Selain itu, Honor Magic3 Series juga akan tampil didalam dua warna iaitu Blue Hour dan Golden Hour yang berinspirasikan warna langit ketika fenomena ini berlangsung.

Honor Magic3 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.