Video Bar Jabra PanaCast 50 dan PanaCast 20 kini rasmi di Malaysia – kamera pintar untuk normal baharu WFH
Jabra secara rasminya telah memperkenalkan video bar Jabra PanaCast 50 dan kamera peribadi pintar PanaCast 20 ke pasaran Malaysia.
Cara kerja secara hibrid adalah perkara baru. Sejak permulaan pandemi global dan ini telah menyaksikan peningkatan didalam penggunaan video yang ketara ketika bekerja.
Kedua-dua model PanaCast 50 dan PanaCast 20 boleh digunakan bersama-sama platform Microsoft Teams, Microsoft Teams Rooms, Zoom, Zoom Rooms dan banyak lagi.
Berikut adalah ciri utama Jabra PanaCast 50 :
- Kualiti audio yang luar biasa dari pemimpin dunia dalam audio profesional Medan pandangan 180 ° yang unik membolehkan semua orang boleh dilihat didalam video namun masih berada pada jarak yang selamat (terdiri daripada 3 kamera 13MP)
- Virtual Director dengan bijak menyesuaikan video dalam masa nyata untuk pertemuan yang lebih mendalam
- Kapasiti Keselamatan dan Maklumat Penggunaan Bilik menghasilkan data penghunian bilik tanpa nama untuk semua bilik mesyuarat anda
- Penstriman papan putih masa nyata untuk kerjasama jarak jauh yang lebih inklusif
- Plug and play – untuk penyediaan pantas dan kemudahan penggunaan maksimum
Jabra PanaCast 50 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,500 didalam dua warna iaitu Hitam dan Kelabu.
Beralih kepada PanaCast 20, ianya lebih kepada kamera peribadi yang memudahkan anda berhubung dengan pasukan ketika berkerja dari rumah.
Berikut adalah ciri utama Jabra PanaCast 20 :
- Ciri Personalized Intelligent Zoom
- Ciri Intelligent Light Optimization
- Mod Picture-in-Picture – pengguna dapat menentukan dan mengintegrasikan penstriman video kedua dalam video utama
- Video 4k Ultra HD & HDR
- Edge AI processing – lapisan keselamatan yang lebih kukuh
- Plug-and-play untuk kolaborasi
Jabra PanaCast 20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,600 dan ianya ditawarkan didalam warna hitam sahaja.
Tontoni video mengenai Jabra PanaCast 50 dan PanaCast 20 di bawah :