Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Series mungkin menampilkan teknologi pengecasan SuperCharge 90W

HUAWEI P50 Series mungkin menampilkan teknologi pengecasan SuperCharge 90W 3
HUAWEI dilaporkan bakal menawarkan teknologi pengecasan baru yang mencapai output 90W dan ianya mungkin ditawarkan pada HUAWEI P50 Series memandangkan HUAWEI Mate Series tidak akan dilancarkan tahun ini.

Ketika ini, HUAWEI SuperCharge yang diperkenalkan pada HUAWEI Mate 40 Series mempunyai output maksima 66W dan teknologi ini juga turut ditawarkan HUAWEI Nova 8i yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini pada harga RM 1,299.

Walaubagaimanapun , pensijilan 3C pula mendedahkan bahawa telefon pintar HUAWEI P50 ini akan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 66W namun ianya merujuk kepada model 4G LTE yang akan tampil dengan cip Snapdragon 888 4G manakala versi 5G dengan cip Kirin 9000E pula mungkin akan disertakan dengan teknologi pengecasan SuperCharge 90W.

Memandangkan HUAWEI hanya merancang untuk melancarkan satu siri flagship pada tahun ini, terdapat kemungkinan besar bahawa HUAWEI P50 Series yang dijangka akan dilancarkan pada 29 Julai ini akan tampil dengan teknologi pengecasan baharu ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.