Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin hadir dengan sensor kamera Olympus 200MP


Laporan terbaru dari Korea Selatan mendedahkan bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra akan menampilkan sensor kamera 200MP dan turut mendakwa bahawa pelancaran siri Samsung Galaxy S22 akan berlangsung pada Januari 2022.

Menurut sumber, Samsung telah menghubungi pengeluar kamera Olympus untuk memeterai kerjasama yang akan menyaksikan Galaxy S22 Ultra tampil dengan sensor kamera 200MP berjenama Olympus.

Selain itu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga akan menyokong input S Pen namun terdapat juga kemungkinan ianya disertakan didalam kotak.

Walaubagaimanapun, buat masa ini masih terlalu untuk mempercayai sebarang laporan kerana pelancaran Samsung Galaxy S22 Series hanya akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.