Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Pad 5 Pro dan Mi Pad 5 akan dilancarkan tidak lama lagi

Xiaomi Mi Pad 5 Pro dan Mi Pad 5 akan dilancarkan tidak lama lagi 1

Xiaomi Mi Pad 5 Pro dan Mi Pad 5 akan dilancarkan tidak lama lagi 2
Xiaomi dijangka melancarkan generasi baharu tablet mereka yang dikatakan akan dikenali sebagai Xiaomi Mi Pad 5.

Walaupun masih belum mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada Xiaomi, spesifikasi Mi Pad 5 Pro telah didedahkan dimana ianya akan hadir dengan cip Snapdragon 870 pada model 5G manakala model WiFi sahaja akan hadir dengan Snapdragon 860. (Mi Pad 5 pula dijangka akan hadir dengan cip Dimensity 1200)

Selain itu, Mi Pad 5 Pro juga akan memiliki skrin paparan berukuran 11.0-inci yang mempunyai resolusi 2560 x 1600 dengan kadar segar semula 120Hz (masih tidak dapat dipastikan samada ianya panel LCD atau OLED).

Panel ini juga menyokong input stylus dengan 4,096 tahap tekanan dan Xiaomi juga dijangka akan melancarkan case khas dengan papan kekunci yang mungkin menyokong mod desktop.

Selain itu, Mi Pad 5 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 8,520mAh.

Selain daripada ini, masih belum ada maklumat lain yang diketahui namun pelancaran Mi Pad 5 dijangka berlangsung didalam waktu terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.